Tinta dari Pembangun Sistem
12 March 2017 admin

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat baginda, bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan inayah-Nya dapat saya siapkan sistem aplikasi ini untuk kegunaan guru Pendidikan Islam sekolah rendah dalam pengurusan panitia masing-masing.

Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada insan yang menjadi tulang belakang dalam menjayakan pembinaan sistem ini, isteri saya yang tercinta, Nurulhana binti Abd Wahab serta anak-anak, Muhammad Arif Aqil dan Muhammad Faqih Fahim. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang tercinta yang sentiasa mendoakan kejayaan saya. Penghargaan juga kepada Team SRIPI, Ustaz Mohd Radhi bin Abd Wahab dan Ustaz Tabrani bin Jaafar yang berperanan sebagai tester kepada sistem ini. Penghargaan juga kepada Ustaz Sulaiman Najib, Ketua Unit Pendidikan Islam, PPD Gombak yang sentiasa menyuntik semangat.

Untuk pengetahuan, sistem ini merangkumi aplikasi RPH, RPT, laporan program, rekod-rekod seperti Tasmik, KBS dan KCJ. Persembahan sistem ini memudahkan guru-guru menguruskan data-data panitia dengan lebih sistematik.

Harapan agar sistem aplikasi ini dapat membantu rakan-rakan guru Pendidikan Islam di luar sana. Insya-Allah.

Al-Faqir ila Allah,

Muhammad Muslim bin Balya,
Guru Pendidikan Islam,
SJK (C) Kheow Bin, Batu Caves, Selangor